![]() | |||||
| Cekodok sayur |
Suka makan sayur boleh cuba buat. Sayur cincang memanjang. Lobak merah, daun bawang dan bawang kuning sudah memadai. Kalau suka boleh bubuh udang seekor setiap satu cekodok.
![]() | |||
| Cekodok bilis |
Ini cekodok ikan bilis. Resipi peninggalan emak. Dari kecik sarapan pagi mesti sekodok bilis. Kalaupun emak tidak tinggalkan harta di dunia ini tapi alhamdulilah. Resipi emak tetap saya ingat dan sedia kongsi dengan sesiapa sahaja.
Bahan asas untuk cekodok bilis dan cekodik sayur.
1 cawan tepong gandum
1 cawan air suam
sedikit garam
gaul semua bahan hingga sebati.
campurkan dengan 1 cawan sayur-sayuran atau 1 cawan udang atau 1 cawan ikan bilis atau 1 cawan bawang besar yang dicampurkan dengan daun bawang sahaja pun boleh.
Selamat mencuba resipi yang tidak seberapa ini.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan