Ahad, 5 Ogos 2012

Menu-menu mudah untuk makan tengahari atau malam

Ini adalah contoh menu tempoh penyediaan kurang dari 2 jam.

Nasi bariani gam Johor.
- nasi bariani
- daging bariani
- dal daging
- paceri nanas
- kuih kole kacang
- air orange

Nasi putih
- nasi
- asam pedas daging cincang
- telur dadar berempah
- sayur campur
- dodol
- air sirap

Nasi ayam penyet
- nasi
- ayam
- sup
- sos
- sagu gula melaka
- air masak

Nasi putih
- nasi
- rendang daging
- sayur tumis kacang
- air sirap
- kek orange

Nasi tomato
- nasi tomato
- ayam merah
- dal sayur
- kek lobak merah
- air bandung

Nasi putih
- nasi
- daging dendeng
- sambal udang dengan petai
- wajik
- air suam

Nasi Daging
- daging rempah
- air asam
- pepodom
- puding jagung
- air limau nipis

Catatan penting :-
Tempoh kurang 2 jam adalah dari tempoh mula memasak sahaja.  Tidak dikira dari tempoh pergi ke pasar beli barang.


Cerita-ceriti periuk tekanan

Adanya periuk tekanan sama sekali bukan tujuannya menutup dapur dan periuk belanga sedia ada tetapi menyempurnakan lagi dapur dalam proses kita memasak makanan. Dengan menggunakan periuk tekanan masa untuk memasak dengan sempurna boleh dijimatkan sehingga 70% atau lebih lagi disamping makanan yang dimasak kekal mutu dan khasiatnya.
Menggunakan Noxxa Pressure Cooker pertamanya memerlukan kuasa elektrik dan satu atau lebih peralatan dapur lain juga.  Contohnya senduk kayu.

Noxxa Pressure Cooker

Jadi ahli Amway dan terus beli periuk tekanan.  Rezki bulan Ogos 2012, semua sekali RM 619.00 sahaja.

Kak Ham mengenali periuk tekanan sejak berusia 16 tahun lagi.  Masa itu Kak Ham dalam tingkatan 4.  Belajar sains dengan Cikgu Salbiah.  Mendengar kelebihannya sejak itu lah menyimpan hasrat memilikinya.  Alhamdulilah.  Menggunakan peruntukan tunggakan gaji dari Dis 2011 dan bonus yang akan diberi pada 10 Ogos ini nanti, selepas beli rantai tangan dan subang ada lagi berbaki sekitar RM 700.00.  Amin.  Akhirnya Kak Ham dapat juga beli periuk tekanan idamanku ini.            

Isnin, 23 Julai 2012

RAMADHAN 1433H/2012M

Menu berbuka hari pertama dan kedua berpuasa beli di bazar Ramadhan sahaja.  Juadah untuk keluarga.  Untuk diri sendiri sudah pasti yang berkhasiat dan seimbang.
Hari ke tiga masak sendiri.  Hari bekerja tidak berkesempatan membeli.  Menu pun kena ringkas saja.

ayam goreng
sup tahu
sambal udang













Ini semua anak-anak makan dengan nasi putih.  Tapi bagi diri aku sendiri, menu macam hari-hari biasa saja.  Tiada pun yang istemewa.  Cuma lebih sikit bab air.  Puasa-puasa ni suka minum ais.  Susu pun bubuh ketul ais juga.

3 biji kurma

susu


Berbuka puasa ikut sunnah.  Insyallah perut selesa.
 
buah-buahan
 

tidak begitu suka tapi paksa sebab buah ini tidak banyak kandungan gula berbanding pisang. 










sup sayur


tukar-tukar le. tidak le sup yang sama setiap hari.








roti


2 keping roti makan cicah sup sayur.  Ini semua menu makan penangan alpha lapid le ni.  Tengok jelah hasilnya nanti.     




Jumaat, 20 Julai 2012

MENU PRA BERBUKA DAN PERTAMA BERSYAHUR

Paling mudah dan digemari sejak dari budak-budak lagi.  Dulu emak yang buat.  Sekarang buat sendiri.  Diadaptasi dari resipi emak dan sedikit dari keluarga angkat masa di Jepun dulu.  Jadilah sehebat ini.

Cekodok sayur
















Suka makan sayur boleh cuba buat.  Sayur cincang memanjang.  Lobak merah, daun bawang dan bawang kuning sudah memadai.  Kalau suka boleh bubuh udang seekor setiap satu cekodok.

Cekodok bilis


















Ini cekodok ikan bilis. Resipi peninggalan emak.  Dari kecik sarapan pagi mesti sekodok bilis.  Kalaupun emak tidak tinggalkan harta di dunia ini tapi alhamdulilah.  Resipi emak tetap saya ingat dan sedia kongsi dengan sesiapa sahaja.

Bahan asas untuk cekodok bilis dan cekodik sayur.
1 cawan tepong gandum
1 cawan air suam
sedikit garam
gaul semua bahan hingga sebati.
campurkan dengan 1 cawan sayur-sayuran atau 1 cawan udang atau 1 cawan ikan bilis atau 1 cawan bawang besar yang dicampurkan dengan daun bawang sahaja pun boleh.

Selamat mencuba resipi yang tidak seberapa ini. 

    

Ahad, 15 Julai 2012

MINYAK WANGI


Koleksi pertama
Sweet Caprice - green apple     

Koleksi seterusnya
Ajmal - Verve II     













Regal - Karma

Isnin, 9 Julai 2012

ALPHA LAPID SD II

Mimpi Atau Kenyataan




Masuk hari ke 2 mengambilnya.  Belum berani menimbang badan.  Takut kecewa.  Bersabar untuk 2 minggu pertama ini.  Insyallah.  aku cuma hendak kurangkan berat badan. Agar mudah pergerakanku, pantas perjalanan ku dan tidak teruklah aku memilih baju. Amin. 






JANGAN BERSEDIH-JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA

ANTARA KOLEKSI PENAWARKU
Saudariku!
Buku ini menhimbau kepada setiap wanita untuk hidup bahagia dengan agamanya,merasa senang dengan kurnia Allah yang telah dianugerahkan kepadanya, dan bergembira dengan berbagai nikmat yang telah dimilikinya.

Saudariku!
Bacalah buku ini agar ianya dapat mengusir segala macam kesedihan dari dalam dirimu,bayang-bayang kedukaan, dan mimpi-mimpi buruk, ketakutan dan kekhuatiran.

Saudariku!
Setelah anda selesai membaca buku ini,ucapkanlah selamat tinggal pada kesedihan, tinggalkan kegelisahan,hindarkan lorong-lorong kesengsaraan, dan jauhlah dari keputusan dan kegagalan. Marilah ke jalan keimanan dengan melampiaskan kerinduan kita kepada Allah dan merasa puas dengan qadha dan qadarnNya.

Pada saat itu anda dipanggil oleh penyeru keimanan: “Andalah yang berada di atas gunung harapan dan lembah keredhaan dan berbahagialah kerana andalah wanita yang paling bahagia di dunia ini”.

Begitu kata penulis berkenaan buku ini.  Aku sebagai salah seorang yang memiliki dan membaca, di sini aku suka menyeru kepada semua rakan-rakan.  Jadilah pemiliknya juga. Percayalah.  Insyallah.  


Selasa, 3 Julai 2012

VISIONS

Koleksi pertama 5 liter






Beli di Idaman Suri - RM 155.00








Ke Langkawi dengan penerbangan pertama 7.30 am 01/07/2012.
Tujuan asal menghantar Nazilah lapur diri di Kolej Komunit Langkawi.
Dengan ditemani adik suami isteri kami sempat berkunjung ke Pekan Kuah.  Ismail Group dan Idaman Suri lokasi utama.