Ahad, 17 Mac 2013

Reset Minda Bersama Prof Dr Muhaya

Hari ini kakak tidak senang untuk bercerita tentang keseronokan bercuti di Langkawi.  Lebih lagi kepada menu makan malam kakak sekeluarga hari ini.  Tapi kakak jadi resah gulana dengan sikap degil dua adik perempuan kakak ini.

Adik-adik kakak sekalian.

Kakak selalu dengar ceramah agama.  Pergi motivasi pembangunan wanita. Hingga hari ini kakak sudah 44 tahun.  Lebih 40 sesi yang kakak hadiri takkan lah tidak ada satu pun di antaranya yang kakak dengar atau kakak hadiri itu turut sama adik-adik kakak dengar atau hadiri.

Maaflah kiranya adik-adik terasa.  Maaf juga kiranya kakak bersalah kerana tidak menegur sedari awal hingga adik-adik berdua terlajak lebih lama lagi sehingga hari ini.  Tetapi sekurang-kurangnya tempoh selama ini kamu berdua berfikirlah secara matang.  Kamu semua lebih pandai dari kakak.  Lebih luas pengetahuan dari kakak yang cuma kerani cabuk lulusan SPM pangkat 2 ini sahaja.  Cakap orang putih pun kakak tak pandai.  Pepaham saje le bab mendengar pun setakat ceramah cakap Melayu jelah ya.

Tapi kamu berdua belajar lagi tinggi.  Lagi pandai.  Berjalan pun lebih jauh dari kakak.  Maka itu sepatutnya kamu berdua lebih pandai dan lebih bijak dari kakak.  Tapi apa yang kakak perhatikan kamu berdua ni lebih pandai mutarbelitkan fakta aje.

Kamu berdua lengkap segalanya.  Allah kurniakan kamu berdua dengan tubuh yang sihat, cantik, dan akal fikiran yang sempurna.  Allah juga murahkan rezki kepada kamu berdua.  Tapi kamu berdua kena beringat.  Itu semua hak Allah.  Bila-bila sahaja Allah mahukan semula, kamu berdua kosong.  Kamu berdua akan sama saja dengan kakak dan orang lain.

Di sini kakak cuma nak kata.  Kamu berdua segeralah kembali kepada perintah Allah.  Ibu bapa kita dah lama tiada.  Mereka tidak akan menegur kita lagi.  Tetapi kesalahan yang kita buat menyukarkan mereka di sana.  Mungkin suami kamu berdua sudah menegur kamu tapi mungkin sahaja belum atau tidak akan menegur kamu sampai bila-bila alan kekurangan kamu ini.  Lantaran mereka juga jahil.  Atau trend sekarang.  Cheeh....  Kononnya macam artis-artis le yang kawin dengan bangsa dan agama lain.  Katanya dia tak memaksa isteri mereka untuk sembahyang atau bertudung.  Mereka reda sekiranya isteri itu melakukan dengan kerelaan hati mereka sendiri katanya.  Mereka rasa kenyataan mereka tu betul sangat lah tu. Yang buleh macam tu kalau kita perempuan ni.  Suami tak sembahyang tak puasa lantak dia le.  Kalu kita tegur pun kena cara sangat berhemah.  Kalu tak tegur pun tak apa.  itu Allah punya hal.

Berbalik kepada cerita adik-adikku sekalian.

Di sini terus terang kakak harap sangat kepada kamu berdua.  Marilah adik-adik kita mulakan bersembahyang dan bertudung mulai hari ini.  Sayang adik-adik.  Kamu berdua rajin bersedekah, selalu pergi umrah.  Masa puasa sakan berbelanja.  Tapi apa dapatnya kalau yang utama tidak dibuat.  Penat dan kosong aje adik-adik.

Sekian. Ikhlas dari kakakmu            

Jumaat, 4 Januari 2013

CATATAN PERTAMA TAHUN 2013

Tahun 2013.  Ambil cuti rehat 3 hari mulai Rabu (2 Jan) hingga Jumaat (4 Jan).  Rabu jam 5 pagi ke LCCT hantar Ila.  Khamis ke SK Putrajaya 9(2) beli buku Dek Ya. Jumaat istemewa buat rakan-rakan di Saraan, tempahan karipap segera dan donat keledek oren.  Hari ini Sabtu jadual yang biasa makan pagi di KFC, Dengkil.  Beli barang kuih sebelah KFC.  Seterusnya ke Presint 3 kedai 1 Malaysia.  

Tahun 2013 ini rasanya patut berniaga semula.  Bahan utama pastinya ada di kedai 1 Malaysia saja.  Peti sejuk beku pun sudah dibeli setahun yang lepas.  Aku laksanakan projek terbengkalai 2 tahun ini mulai hari semalam lagi.  In Sya Allah.  Semuanya untuk reda Allah.  Amin.

Ahad, 5 Ogos 2012

Menu-menu mudah untuk makan tengahari atau malam

Ini adalah contoh menu tempoh penyediaan kurang dari 2 jam.

Nasi bariani gam Johor.
- nasi bariani
- daging bariani
- dal daging
- paceri nanas
- kuih kole kacang
- air orange

Nasi putih
- nasi
- asam pedas daging cincang
- telur dadar berempah
- sayur campur
- dodol
- air sirap

Nasi ayam penyet
- nasi
- ayam
- sup
- sos
- sagu gula melaka
- air masak

Nasi putih
- nasi
- rendang daging
- sayur tumis kacang
- air sirap
- kek orange

Nasi tomato
- nasi tomato
- ayam merah
- dal sayur
- kek lobak merah
- air bandung

Nasi putih
- nasi
- daging dendeng
- sambal udang dengan petai
- wajik
- air suam

Nasi Daging
- daging rempah
- air asam
- pepodom
- puding jagung
- air limau nipis

Catatan penting :-
Tempoh kurang 2 jam adalah dari tempoh mula memasak sahaja.  Tidak dikira dari tempoh pergi ke pasar beli barang.


Cerita-ceriti periuk tekanan

Adanya periuk tekanan sama sekali bukan tujuannya menutup dapur dan periuk belanga sedia ada tetapi menyempurnakan lagi dapur dalam proses kita memasak makanan. Dengan menggunakan periuk tekanan masa untuk memasak dengan sempurna boleh dijimatkan sehingga 70% atau lebih lagi disamping makanan yang dimasak kekal mutu dan khasiatnya.
Menggunakan Noxxa Pressure Cooker pertamanya memerlukan kuasa elektrik dan satu atau lebih peralatan dapur lain juga.  Contohnya senduk kayu.

Noxxa Pressure Cooker

Jadi ahli Amway dan terus beli periuk tekanan.  Rezki bulan Ogos 2012, semua sekali RM 619.00 sahaja.

Kak Ham mengenali periuk tekanan sejak berusia 16 tahun lagi.  Masa itu Kak Ham dalam tingkatan 4.  Belajar sains dengan Cikgu Salbiah.  Mendengar kelebihannya sejak itu lah menyimpan hasrat memilikinya.  Alhamdulilah.  Menggunakan peruntukan tunggakan gaji dari Dis 2011 dan bonus yang akan diberi pada 10 Ogos ini nanti, selepas beli rantai tangan dan subang ada lagi berbaki sekitar RM 700.00.  Amin.  Akhirnya Kak Ham dapat juga beli periuk tekanan idamanku ini.